среда, 30 ноември 2011

Aku Mahu Berjuang ? Part 2 - Oh MEHNAH!

di saat Qalbu ini merintih sakit akan bisa mehnah dan tribulasi aku menguatkan diri cuba untuk memotivasikan diri sendiri dengan kata-kata yang bisa memberi kesan kepada hati ku yang rapuh ini..

memo minda bermain setiap detik~~~ BERSABARLAH...setiap kesulitan pasti ada KEMUDAHAN

tika aku mengambil keputusan untuk EXIT dari ZONE SELESA, aku dengan semangat berkobar gagahkan kaki melangkah demi mencari secebis Mardhatillah...TAPI! aku terlupa bahawasanya aku tidak mempunyai bekalan yang CUKUP.... di sini silap aku, sering berjuang dengan BERBEKALKAN  semangat semata...dulu kini dan TIDAK AKAN selamanya...aku cuba untuk berubah..tapi perubahan itu bukan secara drastik untuk jangka masa pendek, tapi sedikit demi sedikit untuk menjanjikan tempoh yang lebih panjang..(bagi aku masa untuk berubah)~ INSYA-ALLAH

aku mencari teman
menanti teman se Qalbu, wujud ka ia? 

yang turut merasa
yang turut menyentuh
yang turut mendengar
yang turut menghidu
apa yang aku rasa..

TAPI..

semua itu mustahil..
kerana belum ku temui
insan itu = kembarku
yang punya 1 hati, jiwa dan raga
dalam mencari MARDHATILLAH ini
ibarat 1 anggota badan,
jika tangan terluka seluruh badan akan merasainya
NAMUN aku TERLUPA..
'insan' itu sentiasa ada bersamaku..
dalam sedar dan waktu lekaku...
tika baik dan buruk sikapku..
DIA ..HANYA DIA yang 1
Allah Azza Wa Jalla

maka nikmat apakah yang perlu aku dustakan?

jadikan mehnah yang tengah bersidang tanpa jemu ini menjadi ramuan yang melazatkan dan memaniskan kehidupanku ini....

TANPA PAHIT, ADAKAH WUJUD ERTI MANIS ?

Ini pilihanku..J.~0.~M    Jalan Orang Mukmin ( anda sudi ? )

вторник, 22 ноември 2011

Aku Mahu Berjuang ?


“selamat berjuang..!!”

huh kerap sekali aku mendengar kalimah ini, namun harus aku akui bahawasanya diri ini masih  tercari-cari erti perjuangan yang sebenarnya…@pun adakah diri  ini layak? walaupun hanya  untuk melontarkan kata-kata  P.E.R.J.U.A.N.G.A.N ?

bagi aku, cara aku berjuang adalah dengan meletakkan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH sebagai manual kehidupan…(faham tak?)
maksudnya, ia sebagai satu petunjuk bagi diri ibarat peta..namun dengan membacanya sahaja tidak dapat menjanjikan yang diri tidak akan sesat, selagi mana kita tidak mengamalkannya.contohnya kita tahu baca peta tu, tapi kita tak tahu cara nak aplikasikan peta tu..nak tengok dari mana ke mana..( kalau ada yg tak tahu baca peta, sila2 beli buku geografi semula erk hehe )..berjuanglah dalam keadaaan apa sekalipun, hatta ingin masuk ke dalam tandas..berjuang dalam erti kata mengikut cara yang HASANAH..contohnya masuk tandas guna kaki kiri, pakai selipar, baca doa dan lain2..nampak macam simple, tapi benda simple ni lah yang paling susah nak diamalkan betul tak? (aku jer kot )

kemudian, aku tak suka nak menyepitkan fikiran aku dengan formula ni
berjuang=turun padang
contohnya : ikut program sana-sini , join demontrasi , angkat senjata..tumpah darah sana dan sini..kekadang dengar keluhan dari anak usrah…ana tak berjuang untuk agama, bila Tanya kenapa pula?? yerlah ana kurang aktif dalam program, muka pun jarang2 je nampak..@ ana kurang sihat, tak dapat nak berjuang…huh? adakah skop perjuangan itu terlalu kecil sedangkan agama yang diperjuangkan itu terlalu BESAR? 
(fikir2kan sejenak)

 teringat kata2 entah dari mana…jika kamu melihat satu pintu harapan  tertutup,kamu merasa sedih kecewa sebab merasakan tiada lagi laluan untuk dirimu, sedangkan  terdapat banyak lagi pintu2 lain yang tersedia untukmu, TETAPI realitinya sekarang  kita sering melihat, merenung pintu yang dah tertutup itu sehinggakan pintu yang lain kita tidak sedari menanti untuk kita membukanya…dan sampai bila kita ingin beretika macam tu? sehingga kemenangan Islam itu diumumkan tanpa tercatatnya namamu dalam shaff PERJUANGAN?! (fikir2kan 2 jenak )

1 MALAYSIA, 1 AKIDAH  pelbagai WASILAH J UMMAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN!!

oklah..just nak ributkanotak anda dan diriku sendiri…hehe…santai2 to be continued at Aku mahu berjuang part 2

selamat berjuang!!! ^________^.v