петок, 2 ноември 2012

buat ADAM

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
GAMBAR HIASAN DARI SAHABATKU ..adam telah bertemu dgn hawa


Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa.

четврток, 1 ноември 2012

NUFFNANG PENIPU ? =_=" baru tahu

Nuffnang Penipu, Yeap, Thats Right

 Hari ni saje je tak de keja nak buat. So, try la nak shoot keyword dalam SE, Ilmu SEO ni pun banyak sangat ni, da tepu lak, lama tak praktis…
Jadi ari ni ingat nak men link bait, dan cari 2 keyword dia.. Opss.. terjumpa pasal kisah nuffnang penipu. Ya, Nuffnang memang penipu. Sedap sedap je tumpang blog orang yang trafik mencanak canak nak tunjukkan iklan ko ek..
Semalam merupakan hari terakhir untuk nuffnang bertapak dalam blog pak cik kat dalam Kajian Ilmu Ghaib tu. Pak cik agak boring melihat earning nuffnang yang cuma RM 10 semenjak 1 tahun pak cik pasang widget bodoh tu.
Sekarang pak cik da beralih kepada Says.my.. best woo… bulan ni da nak cashout da, walhal baru je join bulan lepas.. Earning sekarang ni adalah RM 41.. Tinggal RM9 je lagi. Hehehe..Bawah ni earning pak cik yang awal2 masa join Says.my, yang ss RM 41 tu tak upload lagi.. Malas la..

Pak cik tengok gak la, bape ramai yang buat orang cakap nuffnang ni penipu. Fuhyooo.. ramai woo.. ingat blog newbie je terasa tapi blog blog otai pun terasa woo.. Hahah.. sedap nak bang Nuffnang ni.. Oo… dulu masa ko tak femes, ko buat buat baik ek.. Sekarang ni ko da feymes, ko buat kitorang ni cam taik je kan…
Pak cik kesian sangat ngn newbie yang berharap sangat nak cek nuffnang yang tak seberapa ni. Pak cik tak kesah, sebab core pak cik bukan buat duit dengan pengiklanan, itu just sampingan je. Da la noob, jilat jilat lagi Nuffnang tu. Bila takde earning, mula la noob cakap, ala takde orang klik walhal itu hari berhempas pulas naikkan traffik.
Benda klik tak mengklik ni benda subjektif.. Kita sendiri tak tau camne nak track klik tu kan. So, sebabkan benda camni lah, pak cik bersabar ngan Nuffnang lebih setahun… Lama2 pak cik pikir, TAKKAN LA DENGAN TRAFIK YANG CONSTANT 500 VISITOR PER DAY SELAMA 7 BULAN EARNING BARU RM 10.. FISHY GILER>>>
Baru dapat beli topup je…. Apa ke hey… Arghh.. malas la pak cik nak join nuffnang, so tarik keluar.. dan amik Says.my sekarang. Sayang says.my sangat2. :) … Dengar2 Nuffnang pun tercabar ngan Says.my ni.. Dia pun sebuk la nak mengendeng buat CHurpChurp.
Ok, concept sama, saja pak cik nak test, letak Says ngan Churpchurp satu tempat.. Hasilnya, besok pagi pak cik tengok Says.my meningkat.. Wink wink… Churp churp… Telo…. Null…. Kosong… takde earning…
Kalo bapak da samseng, anak pun samseng.. So, bye bye Churp churp.. sama la ko ni. Ni baru dia nak keluar Grapevine.. hahaha… Gelak la … ko pun sebijik taik cam Nuffnang tu.
Jadi, pak cik tengok Nuffnang ni camne dia nak bagi earning kat orang ni. Rupanya dia men kroni.. Kali pertama pak cik jumpa advertising company ada croni.. Bengong la wei…Kalo dia kenal ko, memang la ko dapat buat duit selama-lamanya..
Kepada yang da dapat constant earning ngan Nuffnang tu, pak cik tak suruh korang pun murtad dari Nuffnang ni.. Teruskan la.. sebab nuffnang da highlighted blog korang. Tapi yang dok mengharap tu, sila tinggalkan dan tukar kepada Says.my.. Seyes.. trafik yang ada 100 per day pun da leh dapat earning.
Ok, ni tips untuk buat duit dengan Says.my ni.
  • Buat Anchor text yang ada kaitan ngan iklan. Kita orang Islam, jangan la dok penaya advertiser ngan misclick..
  • Nak buat misclick gak boleh bagi pak cik, tapi ko kena set kepada open in new tab la, asalkan orang yang klik tu nampak iklan tu. Mis click yang pak cik maksudkan adalah seperti Klik Sini dan sebagainya jangan cakap Anchor Motor Jual Murah, tapi kuar iklan kapal terbang
  • Cabarkan visitor untuk klik iklan tu… Contoh “Jom bercuti ngan mas, dapat diskaun, tak nak diskaun tak payah klik
Ok, korang leh letak position dia kat tengah2 post dan sidebar. Memang highly percentage untuk orang klik. Kalo ikutkan hati pak cik, memang pak cik akan rammed server nuffnang tu biar jammed hari hari pakai DOShttp. Attach kat dedicated server, buat multiple account, combine ngan auto proxy, renjan server si Nuffnang tu sampai blackout.. Haha, boleh tumbang woo syarikat berbilion ngan se group Hacker Cyber ni.. Untung masuk forum hacker…
Geram kan geram kan

via http://panduankit.com/2011/05/nuffnang-penipu-yeap/