сабота, 31 декември 2011

aku budak UUM !

mereka adalah saudaraku, sabahan bha ni!!

My Room

Library-my corner

semua buku kena khatam!!

Manjada wa JADDA!!






hadapi dengan senyuman......


DALAM SUKA MAHUPUN DUKA..

YAKIN LAH SENYUMAN ITU SATU PENAWAR YANG BERI KESAN POSITIF KEPADA EMOSI ANDA...

JADI, SEMPENA MO EXAM NI, NDA MAU ADA YANG MUKA STRESS2 YA...KALAU TAK NANTI SAYA BUAT CAM KAT ATAS TU.... ^_____________^



SENYUM ITU SATU SEDEKAH.!!

Tahun Baru-KERUGIAN

sedang asyik aku mentelaah muka buku tetiba siti datang ... " selamat tahun baru semue"
 aku hanya tersenyum sinis...( ada apa dengan tahun baru sebenarnya ya?) seriously aku memang kurang ambil tahu tentang tahun baru ni, sebab dari kecik lagi bapa aku tak suka aku sambut perayaan ni..
imbas kembali....... "pak..pak jom kita pegi sambut tahun baru di bandar malam ni, kawan-kawan semua pergi pantai malam ni, dorang wat BBQ" satu jer jawapan bapa aku---> tidak boleh. :(
tanda soal dari jawapan bapaku itu kini aku mula untuk memahami.. bukan di sini aku meletakkan hukum sambut tahun baru itu haram, tetapi..cuba fikir kembali cara kita ingin menyambut..??
mesti semua arif sendirikan...kenapa tidak malam tahun baru ini, kita ambil masa sejenak untuk muhasabah diri apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011 ini..dosa dan pahala kita berapakah jumlahnya.. dan sedarkah kita yang semakin menghampiri kematian dari hari ke hari...
paling menyedihkan ramai sekali yang mengotorkan hari terakhir dan hari terawal dalam tahun ni dengan perkara maksiat!!! inikah yang Islam kehendaki? dan paling-paling menyedihkan seks bebas sangat berleluasa...TIDAK KAH KAMU SEDARI YANG ALLAH SENTIASA PELIHAT PERILAKU MU.. TIDAK MALUKAH DIKAU WAHAU AN-NAS YANG PENUH DENGAN DOSA...marilah kembali kepada Islam...yang lalu biarkan berlalu, lipatlah ia menjadi sejarah pengajaran untuk pengalaman yang akan datang...dan marilah sekali lagi kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari dahulunya......usia kita tak akan lama...manfaatkan masa dengan kebaikan, bukan dengan kemungkaran....demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... MAHUKAN DIRIMU SENTIASA DALAM KERUGIAN??
WASSALAM........

среда, 30 ноември 2011

Aku Mahu Berjuang ? Part 2 - Oh MEHNAH!

di saat Qalbu ini merintih sakit akan bisa mehnah dan tribulasi aku menguatkan diri cuba untuk memotivasikan diri sendiri dengan kata-kata yang bisa memberi kesan kepada hati ku yang rapuh ini..

memo minda bermain setiap detik~~~ BERSABARLAH...setiap kesulitan pasti ada KEMUDAHAN

tika aku mengambil keputusan untuk EXIT dari ZONE SELESA, aku dengan semangat berkobar gagahkan kaki melangkah demi mencari secebis Mardhatillah...TAPI! aku terlupa bahawasanya aku tidak mempunyai bekalan yang CUKUP.... di sini silap aku, sering berjuang dengan BERBEKALKAN  semangat semata...dulu kini dan TIDAK AKAN selamanya...aku cuba untuk berubah..tapi perubahan itu bukan secara drastik untuk jangka masa pendek, tapi sedikit demi sedikit untuk menjanjikan tempoh yang lebih panjang..(bagi aku masa untuk berubah)~ INSYA-ALLAH

aku mencari teman
menanti teman se Qalbu, wujud ka ia? 

yang turut merasa
yang turut menyentuh
yang turut mendengar
yang turut menghidu
apa yang aku rasa..

TAPI..

semua itu mustahil..
kerana belum ku temui
insan itu = kembarku
yang punya 1 hati, jiwa dan raga
dalam mencari MARDHATILLAH ini
ibarat 1 anggota badan,
jika tangan terluka seluruh badan akan merasainya
NAMUN aku TERLUPA..
'insan' itu sentiasa ada bersamaku..
dalam sedar dan waktu lekaku...
tika baik dan buruk sikapku..
DIA ..HANYA DIA yang 1
Allah Azza Wa Jalla

maka nikmat apakah yang perlu aku dustakan?

jadikan mehnah yang tengah bersidang tanpa jemu ini menjadi ramuan yang melazatkan dan memaniskan kehidupanku ini....

TANPA PAHIT, ADAKAH WUJUD ERTI MANIS ?

Ini pilihanku..J.~0.~M    Jalan Orang Mukmin ( anda sudi ? )

вторник, 22 ноември 2011

Aku Mahu Berjuang ?


“selamat berjuang..!!”

huh kerap sekali aku mendengar kalimah ini, namun harus aku akui bahawasanya diri ini masih  tercari-cari erti perjuangan yang sebenarnya…@pun adakah diri  ini layak? walaupun hanya  untuk melontarkan kata-kata  P.E.R.J.U.A.N.G.A.N ?

bagi aku, cara aku berjuang adalah dengan meletakkan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH sebagai manual kehidupan…(faham tak?)
maksudnya, ia sebagai satu petunjuk bagi diri ibarat peta..namun dengan membacanya sahaja tidak dapat menjanjikan yang diri tidak akan sesat, selagi mana kita tidak mengamalkannya.contohnya kita tahu baca peta tu, tapi kita tak tahu cara nak aplikasikan peta tu..nak tengok dari mana ke mana..( kalau ada yg tak tahu baca peta, sila2 beli buku geografi semula erk hehe )..berjuanglah dalam keadaaan apa sekalipun, hatta ingin masuk ke dalam tandas..berjuang dalam erti kata mengikut cara yang HASANAH..contohnya masuk tandas guna kaki kiri, pakai selipar, baca doa dan lain2..nampak macam simple, tapi benda simple ni lah yang paling susah nak diamalkan betul tak? (aku jer kot )

kemudian, aku tak suka nak menyepitkan fikiran aku dengan formula ni
berjuang=turun padang
contohnya : ikut program sana-sini , join demontrasi , angkat senjata..tumpah darah sana dan sini..kekadang dengar keluhan dari anak usrah…ana tak berjuang untuk agama, bila Tanya kenapa pula?? yerlah ana kurang aktif dalam program, muka pun jarang2 je nampak..@ ana kurang sihat, tak dapat nak berjuang…huh? adakah skop perjuangan itu terlalu kecil sedangkan agama yang diperjuangkan itu terlalu BESAR? 
(fikir2kan sejenak)

 teringat kata2 entah dari mana…jika kamu melihat satu pintu harapan  tertutup,kamu merasa sedih kecewa sebab merasakan tiada lagi laluan untuk dirimu, sedangkan  terdapat banyak lagi pintu2 lain yang tersedia untukmu, TETAPI realitinya sekarang  kita sering melihat, merenung pintu yang dah tertutup itu sehinggakan pintu yang lain kita tidak sedari menanti untuk kita membukanya…dan sampai bila kita ingin beretika macam tu? sehingga kemenangan Islam itu diumumkan tanpa tercatatnya namamu dalam shaff PERJUANGAN?! (fikir2kan 2 jenak )

1 MALAYSIA, 1 AKIDAH  pelbagai WASILAH J UMMAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN!!

oklah..just nak ributkanotak anda dan diriku sendiri…hehe…santai2 to be continued at Aku mahu berjuang part 2

selamat berjuang!!! ^________^.v
  

вторник, 7 јуни 2011

MUSLIMAH...JANGAN TERLALU BANGGA AKAN KECANTIKKAN YANG ALLAH BERIKAN..

Assalamualaikum wbt


sedikit perkongsian untuk ana untuk sahabat-sahabat ana yang terdekat mahupun seluruh kaum Hawa yang tercipta dari tulang rusuk Adam..



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." 
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. 
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. 
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. 
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan,



sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: 

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53..... RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

понеделник, 6 јуни 2011

MUSLIMAH..

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


вторник, 31 мај 2011

Musafir TERKENAL ?

Musafir TERKENAL ?

“Biasalah kau kan pengerusi siapa yang tidak kenal kan”

Teringat kembali bibit bicara bersulam kebanggaan diri..huh…lets begin..

Semakin aku mengorak langkah musafir mencari celah untukku bertapak..aku …
Mula menyedari fenomena daerah ini, terlalu ramai yang mencari keduniaan (termasuk aku) 
hint=terkenal @popular.
Tidak kira si pengemis, guru, mat rempit, ustazah hatta mufti sekalipun semua diuji benda yang sama. Pasti!
(huhu, merangkak-rangkak mencari kebenaran)

Fokusku kepada si da’ie yang sentiasa berdampingan dengan sogokkan kerlipan-kerlipan kemegahan popular ini
( hati-hati yer di jalan perjuangan ini )

Dari anas r.a menukilkan sabdaan Rasulullah  s.a.w :
Sebagai 1 keburukan memadailah bahawa seseorang itu selalu dituding dengan jari dalam hal-hal agama atau dalam hal-hal dunia,kecuali dia yang diperlihara oleh Allah s.w.t (H.R Tirmizi)
Hint =tuding  jari =TERKENAL. Titik.

Menjadi terkenal dalam hal-hal agama adalah lebih MERBAHAYA berbanding menjadi terkenal dengan hal keduniaan.sebab??
( seminit fikir+zikir)
sudah? Pasti ada jawapan di hati kan? ^_^

Bagiku, bila terkenal perasaan besar diri datang tanpa diundang, erti kata yang lebih molek RIAK, dan nak buang dari hati kita bukan mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang.
(anda boleh? Tahniah diucapkan).
Akan tetapi, jika kemasyuran itu datang dari Allah s.w.t dan Allah s.w.t memberinya kemasyuran itu dengan limpahan kurnianya dan memeliharanya dari syaitan maka berserulah kalian dengan kalimah kesyukuran…Alhamdulillah ya Allah..

Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya Allah s.w.t  menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak TERKENAL yang bila mana mereka tiada, mereka tidak akan dicari dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka adalah pelita hidayah yang bercahaya, kerana cahaya hati mereka akan menyelamatkan agama mereka dan keluar dari ributan fitnah. (H.R Ibnu Majah)

Huh, acikah aku ingin menjadi seperti itu
(angan dalam zikrullah~InsyaAllah)

Rasulullah s.a.w. bersabda : sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari keredhaan ALLAH s.w.t (umpama mencari kemuliaan, kemasyuran harta, wanita) maka hendaklah dia menempah tempatnya dineraka jahanam! (H.R Tirmizi)

Bergetar jiwaku, adakah aku terlalu lalai hinggakan menempah sebuah bilik keramat tanpa kesedari dan tanpa kemahuanku pada minda sedarku ini  ? Astaghfirullahal a’zim T_T..

Jadi..apa mahumu wahai saudaraku?? Terkenal?? Silakan jika berani mencuci hati setiap kerlipan mata  dengan mahmudah bukan mazmumah.

(kenali kebaikanku untukmu)


semoga perkongsian dhaif ini, berMANFAAT untuk diri dan insan di sekitarku. Lillahita'ala.

Muhasabah diri :
(dengar wahai Musfirah Iman)
Jika seorang hamba berucap maka Allah pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, niat dan tujuannya di akhirat kelak.
 ( beware dengan ucapanmu annisa wa arrijal )


Musfirah Iman cakap :
kenali daku atas apa kebaikanku yang bermanfaat untuk mu, bukan diriku. Allahualam.


сабота, 28 мај 2011

Bila Diri Disayangi



Terdengar Bisikan Mesra
Kalimah Keramat Bermentera
Bermulanya Siang Berakhir Malamku
Tak Akan Ku Jemu Menyebut NamaMu

Tiada Batasan Waktu
Tiada Tempat Mu Tertentu
Di Gunung, di Lembah, Di Darat, Di Air
Siapapun Hamba...

Keikhlasan doa
Keangungan Kasih 
Merubah Takdir...

Bila ku Sedari Diri Disayangi, Langkah Kaki Ini Semakin Berani...
Bila Terkeliru Ku Ucap NamaMu, Terasa Diriku Kembali Dipandu...

Engkau Yang Pertama, Tiada Akhirnya
Aku dalam Kegelapan, Engkaulah cahaya...

Izinkahlah Aku Menumpang Di sini 
Di bawah Naungan Kasih dan SayangMU...


Ku Berserah Diri

среда, 25 мај 2011

Dulu, Kini dan Akan datang

Musafir lalu, kini dan akan datang si Musfirah Iman...



(AKU BERSYUKUR)

Beberapa hari di kampung halamanku, aku teruskan musafirku,belajar dari setiap apa yang aku lihat, aku dengar dan aku sentuh..

Pada suatu hari.......

Babak 1 : Rumahku
Alhamdulillah kini mereka menjadi guruku dalam mengajar erti permuhasabahan diri lalu dan akan datang, dengan c kecil (anak saudara) yang membuatkan daku mengimbas semula “slideshow” zaman yang begitu indah, tanpa kerisauan apa-apapun, sentiasa mendapat apa yang diingini dan merenggek manja jika ada yang tidak memuaskan hati….(anak manja lah ni?? ^_^ )

Namun, disebalik senyuman  melihat gelagat si kecil, timbul pengajaran dan kerisauan setiap kali aku melihat dia yang bernama An’nisa, wanita yang palingku sayangi.  Aku kagumi semangat dan kesabarannya dalam menempuhi alam dunia ini, kini ujian untuknya semakin kuat yang membuatkan aku mengalirkan airmata keinsafan tanpa ku sedari apatahkan lagi bagi dia yang tidak dapat melihat apa reaksiku masa itu..T_T seperti biasa aku suka memulakan sesi muhasabah kami bersama dengan kata-kata santai antara ibu dan si anak, bila dah sedia..aku terus masukkan kata nasihat  untuk memberi sedikit kekuatan untuknya, walaupun aku sedar aku tidak layak untuk menceritakan pengalamanku yang baru setahun jagung berbanding dengan dia. Cuma yang aku inginkan dia faham, semua yang berlaku ini adalah ujian baginya, dan Allah tidak akan menguji jika ianya bukan tahap kemampuan kita.

Tiba-tiba aku tersentap dengan kata-katanya : “apapun aku terima semua ini, jika ini yang Allah s.w.t hadiahkan kepadaku, kenapa aku mesti menolaknya? Dan sekiranya sebelum pembedahan itu, aku dijemput olehNYA, aku sedia.”

SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..!! laungan dalam hati kecilku T___T

Terhenti kalimahku, aku memandangnya sayu dengan air mata yang membasahi matamu, aku menjadi sebak sendiri, Ya Allah sekiranya aku boleh mengambil sedikit penderitaanya, aku terima ya Allah…
Kata-kata kakakku bermain semula: “aku kesian dengan mak, dari dulu sampai sekarang tak pernah bebas dari penderitaan jiwa dan jasadnya, aku lagi “gembira” jika mak dijemput khaliq sekarang dari mak terus menderita macam ni”

AllahuRabbi…cukuplah Engkau tempat kami berserah ya Allah..T___T
(moga kekurangan makku ini, menjadi kelebihan untuknya diakhirat kelak..Aminx3)

MOGA YANG TERBAIK UNTUK AKU DAN INSAN DI SEKITARKU..

Musfirah Iman cakap : 


LIHAT, FAHAMI, AMBIL PENGAJARAN. Allahualam
Musafirku kini sampai di sini, aku menunggu musafirku pada masa depan.
Wallahualam.. (mood sedih, BUKAN untuk tagih simpati anda!! )

петок, 20 мај 2011

Musafir Malam

JAM 1.00 PAGI....


wahai si musafir yang mencari erti sebenar perjuangan....
aku tertanya-tanya pada diriku...
apa yang kalian cari di sebalik "jalan" bewarna kelabu dan dihiasi garis-garis putih itu??? 
perjuangan yang sentiasa mencari "jalan lurus"...
dengan gagahnya engkau, segak berlari-lari di laluan suram itu...
namun, tanpa engkau sedari...ada "ombak" yang sentiasa ingin menghentikan engkau..
agar, larian mu itu bertukar kepada berjalan anak...ops...bonggol ^_^

Al-Fatihah  7 : tunjukilah kami ke jalan yang lurus,iaitu jalan-jalan yang engkau beri nikmat kepadanya,bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
 (note:  jgn salah faham, Al-Fatihah bukan untuk disedekahkan bila dah "mati" ja)


Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

manakah perjuangan yang anda maksudkan??
kembalikah kepada fitrah insani, yang sentiasa ingin KEBAIKAN.

mari kita zoom MR R yang membawa Muhibbah bukan Musibah.
klik jangan tak klik...cuci mata @_@

http://tidaksangka.blogspot.com/2010/03/gambar-mat-rempit-sejati.html#

musfirah iman berkata :  


aku pun musafir juga, tapi tidak se"hebat" kalian, sebab aku musafir kerana ke"hebatan" DIA...la ana, wa anta..lakin Allah Robbul Izati..anda kuatkan "brommm" aku pun boleh bha.."brommm" dalam kalimah zikrullah menahan hati yang sakit mendengar gerak rentak kalian!! chau.....

четврток, 19 мај 2011

Sahabatku...

Tersentap aku di dunia nyata bila titisan jernih jatuh ke jari jemari yang sibuk mengatur langkah menyusun kata tentang...peristiwa aku , dia, dia, dia dan si dia....
memori itu sering kali menjengukku dikala aku kesepian di lautan perjuangan yang serba sepi....
aku doakan kalian moga sentiasa berada di bawah naungan Rahmatnya..aku sangat merindui kalian...T__T



                                         Ya Allah, jangan siksa aku dengan kesepian ukhuwah ini...T___T


Lewati malam yang makin suram, ingin aku kongsikan bersama pesanan dari kakakku, yang membuatkan hati ini merungkaikan kata-kata indah kepada mereka yang bergelar sahabat...baca, faham, dan amalkan..
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :
Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

kata-kata itu terlalu sempurna bagiku...dan tidak mungkin manusia ini mengecapi kesempurnaan kecuali Rasullullah s.a.w, namun disebalik kata-kata pesanan itu, aku mentafsirkan..persahabatan itu seperti satu tubuh badan, yang mana bila satu bahagian tubuh sakit, maka seluruh akan terasa sakitnya...dan bahagian tubuh lain akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan itu...


musfirah berkata: adakah lagi sahabat macam tu  ? searching the true.....



вторник, 17 мај 2011

N.i.q.a.B si Musfirah

            Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....!!


laungan dalam hati kecilku bila pertama kali aku memakainya...musfirah Berpurdah???

ya musfirah iman ini berpurdah...

adakah satu kesilapan dalam arah musafirku memilih purdah untuk menutupi wajahku, juga hatiku...ya bukan wajah saja perlu berniqab, hatta Hati pun perlu diniqabkan..(walaupun tidak semolek orang lain..hah! jadi kenapa?? salahkah aku ingin mencari top up lebih dari Khaliq?? )

dalam musafir ini, Dia tidak sewenang-wenangnya biarkan aku berjalan dengan "gagah" di atas lantai mehnah tribulasi ini...ujian datang bagai peluru yang tidak akan berhenti dilepaskan selagi ia masih ada..huh...


Allahurabbi....sakitnya ya Allah...peluru-peluru itu ibarat tidak pernah berhenti!!! Allahuakbar...

kekadang aku hanya mampu tersenyum..ya Tersenyum!! senyuman itu kini tidak mampu lagi membaluti tangisan hibaku...aku lemah, aku tidak kuat, aku tiada siapa2 disisiku....sungguh tergamak kamu mencaciku, menghinaku dgn nada sinis yang tidak bertepi, apatah lagi ia dari sahabat perjuanganku!! yang dahulu pernah seiringan berjalan waktu mula perjuangan, seiringan berlari ketika perjuangan itu mudah, dan seiringan berhenti sebentar dikala minda kalut dgn masalah umat....

"JANGAN JANGAN DAN JANGAN ...SAKITI AKU SELAGI AKU BERIMAN..!! 
"kecelakaan BESAR bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" ( Al-HUmazah 1)

"jika kmu mencari KEBURUKAN orang, maka kamu telah MEROSAKKANYA. (H.R Abu daud) keterangan: apabila seseorang itu mencari keburukan orang lain maka akan timbul sifat benci dan pandangan buruk terhadap orang itu, dan banyak keburukan lain boleh wujud mungkin dengan mencari keburukan orang dan menyebarkannya akan menimbulkan fitnah yang lebih BESAR, mereka akan membenci, memandang hina dan terjerumus didalam dosa.dan semua ini hanya akan MEROSAKKAN LAGI orang itu!

Rasullullah s.a.w berpesan lagi kepaa kita....JANGAN MENYAKITI ORANG-ORANG ISLAM, JANGAN MENCELA MEREKA DAN JANGAN MENCARI KEBURUKAN MEREKA( H.R. iBNU Hiban)...Allahumma Solli Ala saidina Muhammad...sygnya Engkau Ya Rasul kepada kami....T__T, alngkah indahnya jika aku dan mereka mendengar pesananmu...

Wahai orang-orang yang hanya Islam dilidah dan belum beriman didalam hati! janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah sibuk mencari keburukannya.Barangsiapa yang sibuk mencari kesalahan orang, Allah akan menzahirkan keburukan sehingga didalam rumahnya sendiri (H.R. ABU DAUD) ~ayat kepada yang TIDAK PUNYA iman, tapi suka mencaci ISLAM!!"


itulah luahanku di alam maya yang kekadang kerap kali menyakitiku...apa salah musafir ini dengan dirimu???
aku hanya perlukan sokongan! bukan cacian yang menghiris kalbu, bukan mensenyapkan ukhuwahku, apatah lagi menyisihkan aku dari perjuangaku!! tidak sama sekali..

~siapa mengenali aku, maka dia tahu bagaimana gerak kerjaku dan erti perjuangku~

so....duduk sana diam2 kalau "tidak kenal" , musfirah ini tidak akan menetap disini, akan bermusafir di daerah yang lagi jauh, yang mungkin engkau tidak berpeluang merasa "tersusah" akan kehadiranku...

last word~~ AKU LAKUKAN BUKAN UNTUK SIAPA2..(atau perlukah aku menggunak an kalimah Lillahita'ala untuk membuktikan? ) jangan main sumpah untuk kepentingan dirimu wahai munafik (hoho...terkena diri sendiri )

nukilan : musfirah iman (mood emosi sikit)  I Will Never Give Up....!!



Syair Cinta Rabi'ah Al adawiyah

1
Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cintaMu

Hingga tak ada sesuatupun yang menggangguku dalam jumpaMu
Tuhanku, bintang-gemintang berkelap-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
Tuhanku, demikian malampun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku Kau Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu Kau Tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-Mu
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama Kau Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-Mu,
Andai Kau Usir aku dari pintuMu
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku padaMu sepenuh kalbu



2
Ya Allah, apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuhMu
Dan apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabatMu
Karena Engkau sendiri, cukuplah bagiku



3
Aku mengabdi kepada Tuhan
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku padaNya
Ya Allah, jika aku menyembahMu
Karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMu
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMu
Demi Engkau semata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu
Yang abadi padaku



4
Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa denganMu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakana
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau Kehendaki



5
Aku mencintaiMu dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diriMu
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingatMu
Cinta karena diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMu pujian untuk semua itu



6
Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMu
Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau



7
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika Kekasih bersamaku
CintaNya padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Kapan dapat kurenungi keindahanNya
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasiaNya menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
O, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mauMu
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan Mu
O, sukacita dan nyawaku, semoga kekallah
Jiwaku, Kaulah sumber hidupku
Dan dariMu jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu denganMu
Melabuhkan rindu



8
Sendiri daku bersama Cintaku
Waktu rahasia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan karunia atas doaku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagunganNya
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajahNya
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNya yang sempurna
Lihat Dia, yang akan berkata
“Tiada Tuhan selain Dia, dan Dialah Yang maha Mulia.”



9
Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu padaMu
Meneguhkan daku
Apa bukan padaMu aku ini merindu
O, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak karunia Kau berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
CintaMu semata meliput
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisiMu aku telah tiada
Kau bikin dada kerontang ini meluas hijau
Kau adalah rasa riangku
Kau tegak dalam diriku
Jika aku telah memenuhiMu
O, rindu hatiku, aku pun bahagia