среда, 25 мај 2011

Dulu, Kini dan Akan datang

Musafir lalu, kini dan akan datang si Musfirah Iman...



(AKU BERSYUKUR)

Beberapa hari di kampung halamanku, aku teruskan musafirku,belajar dari setiap apa yang aku lihat, aku dengar dan aku sentuh..

Pada suatu hari.......

Babak 1 : Rumahku
Alhamdulillah kini mereka menjadi guruku dalam mengajar erti permuhasabahan diri lalu dan akan datang, dengan c kecil (anak saudara) yang membuatkan daku mengimbas semula “slideshow” zaman yang begitu indah, tanpa kerisauan apa-apapun, sentiasa mendapat apa yang diingini dan merenggek manja jika ada yang tidak memuaskan hati….(anak manja lah ni?? ^_^ )

Namun, disebalik senyuman  melihat gelagat si kecil, timbul pengajaran dan kerisauan setiap kali aku melihat dia yang bernama An’nisa, wanita yang palingku sayangi.  Aku kagumi semangat dan kesabarannya dalam menempuhi alam dunia ini, kini ujian untuknya semakin kuat yang membuatkan aku mengalirkan airmata keinsafan tanpa ku sedari apatahkan lagi bagi dia yang tidak dapat melihat apa reaksiku masa itu..T_T seperti biasa aku suka memulakan sesi muhasabah kami bersama dengan kata-kata santai antara ibu dan si anak, bila dah sedia..aku terus masukkan kata nasihat  untuk memberi sedikit kekuatan untuknya, walaupun aku sedar aku tidak layak untuk menceritakan pengalamanku yang baru setahun jagung berbanding dengan dia. Cuma yang aku inginkan dia faham, semua yang berlaku ini adalah ujian baginya, dan Allah tidak akan menguji jika ianya bukan tahap kemampuan kita.

Tiba-tiba aku tersentap dengan kata-katanya : “apapun aku terima semua ini, jika ini yang Allah s.w.t hadiahkan kepadaku, kenapa aku mesti menolaknya? Dan sekiranya sebelum pembedahan itu, aku dijemput olehNYA, aku sedia.”

SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..!! laungan dalam hati kecilku T___T

Terhenti kalimahku, aku memandangnya sayu dengan air mata yang membasahi matamu, aku menjadi sebak sendiri, Ya Allah sekiranya aku boleh mengambil sedikit penderitaanya, aku terima ya Allah…
Kata-kata kakakku bermain semula: “aku kesian dengan mak, dari dulu sampai sekarang tak pernah bebas dari penderitaan jiwa dan jasadnya, aku lagi “gembira” jika mak dijemput khaliq sekarang dari mak terus menderita macam ni”

AllahuRabbi…cukuplah Engkau tempat kami berserah ya Allah..T___T
(moga kekurangan makku ini, menjadi kelebihan untuknya diakhirat kelak..Aminx3)

MOGA YANG TERBAIK UNTUK AKU DAN INSAN DI SEKITARKU..

Musfirah Iman cakap : 


LIHAT, FAHAMI, AMBIL PENGAJARAN. Allahualam
Musafirku kini sampai di sini, aku menunggu musafirku pada masa depan.
Wallahualam.. (mood sedih, BUKAN untuk tagih simpati anda!! )

4 коментари:

  1. “apapun aku terima semua ini, jika ini yang Allah s.w.t hadiahkan kepadaku, kenapa aku mesti menolaknya? Dan sekiranya sebelum pembedahan itu, aku dijemput olehNYA, aku sedia.”

    Terkesima mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya..

    ОдговориИзбриши
  2. @azree: Lagi terkesima apabila "mendengar" secara live T_____T
    @Jejaka : hurmmm....syukran...

    ОдговориИзбриши
  3. " usaha atas iman dan amal "

    ОдговориИзбриши