memo minda bermain setiap detik~~~ BERSABARLAH...setiap kesulitan pasti ada KEMUDAHAN
tika aku mengambil keputusan untuk EXIT dari ZONE SELESA, aku dengan semangat berkobar gagahkan kaki melangkah demi mencari secebis Mardhatillah...TAPI! aku terlupa bahawasanya aku tidak mempunyai bekalan yang CUKUP.... di sini silap aku, sering berjuang dengan BERBEKALKAN semangat semata...dulu kini dan TIDAK AKAN selamanya...aku cuba untuk berubah..tapi perubahan itu bukan secara drastik untuk jangka masa pendek, tapi sedikit demi sedikit untuk menjanjikan tempoh yang lebih panjang..(bagi aku masa untuk berubah)~ INSYA-ALLAH
aku mencari teman
![]() |
menanti teman se Qalbu, wujud ka ia? |
yang turut merasa
yang turut menyentuh
yang turut mendengar
yang turut menghidu
apa yang aku rasa..
TAPI..
semua itu mustahil..
kerana belum ku temui
insan itu = kembarku
yang punya 1 hati, jiwa dan raga
dalam mencari MARDHATILLAH ini
ibarat 1 anggota badan,
jika tangan terluka seluruh badan akan merasainya
NAMUN aku TERLUPA..
'insan' itu sentiasa ada bersamaku..
dalam sedar dan waktu lekaku...
tika baik dan buruk sikapku..
DIA ..HANYA DIA yang 1
Allah Azza Wa Jalla
maka nikmat apakah yang perlu aku dustakan?
jadikan mehnah yang tengah bersidang tanpa jemu ini menjadi ramuan yang melazatkan dan memaniskan kehidupanku ini....
TANPA PAHIT, ADAKAH WUJUD ERTI MANIS ?
Ini pilihanku..J.~0.~M Jalan Orang Mukmin ( anda sudi ? )
Assalamualaikum wbt
ОдговориИзбришиHidup ini mestilah dalam hidayah Allah SWT kerana itulah tujuan kita turun ke muka bumi ini. Hidayah telah pun sampai kepada kita melalui AlQuran. Surah AlBaqarah:38 فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Adapun pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Manusia tidak ada alasan atau keuzuran utk mengikuti petunjuk setelah mencapai akil baligh kerana setiap manusia mesti ada kesedaran keatas itu. Ia merupakan `basic needs` sebagaimana makan, minum, tempat tinggal dsbnya. Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ ﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, 15. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Maka tidak hairanlah, sahabat Rasulullah saw Shuib ArRommi (dari Eropah) dan Salman AlFarisi (dari Tehran) apabila mendengar kehadiran AlQuran bersama2 Rasulullah saw terus mengubah paradigma dgn berhirah dari era kegelapan/sesat kearah petunjuk. Perjalanan dipenuhi dgn pelbagai rintangan jika tersilap akan ditangkap dan dijadikan hamba abdi. Namun demi petunjuk mrk sanggup harungi. Surah AsSyura`:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗKami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Apa yang penting, melepasi diri kita untuk mencapai petunjuk dahulu kerana nasib kita belum pasti dlm keadaan baik jika kita tidak buat sesuatu. Surah AlIsra`:14 اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".
Wallahualam