вторник, 22 ноември 2011

Aku Mahu Berjuang ?


“selamat berjuang..!!”

huh kerap sekali aku mendengar kalimah ini, namun harus aku akui bahawasanya diri ini masih  tercari-cari erti perjuangan yang sebenarnya…@pun adakah diri  ini layak? walaupun hanya  untuk melontarkan kata-kata  P.E.R.J.U.A.N.G.A.N ?

bagi aku, cara aku berjuang adalah dengan meletakkan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH sebagai manual kehidupan…(faham tak?)
maksudnya, ia sebagai satu petunjuk bagi diri ibarat peta..namun dengan membacanya sahaja tidak dapat menjanjikan yang diri tidak akan sesat, selagi mana kita tidak mengamalkannya.contohnya kita tahu baca peta tu, tapi kita tak tahu cara nak aplikasikan peta tu..nak tengok dari mana ke mana..( kalau ada yg tak tahu baca peta, sila2 beli buku geografi semula erk hehe )..berjuanglah dalam keadaaan apa sekalipun, hatta ingin masuk ke dalam tandas..berjuang dalam erti kata mengikut cara yang HASANAH..contohnya masuk tandas guna kaki kiri, pakai selipar, baca doa dan lain2..nampak macam simple, tapi benda simple ni lah yang paling susah nak diamalkan betul tak? (aku jer kot )

kemudian, aku tak suka nak menyepitkan fikiran aku dengan formula ni
berjuang=turun padang
contohnya : ikut program sana-sini , join demontrasi , angkat senjata..tumpah darah sana dan sini..kekadang dengar keluhan dari anak usrah…ana tak berjuang untuk agama, bila Tanya kenapa pula?? yerlah ana kurang aktif dalam program, muka pun jarang2 je nampak..@ ana kurang sihat, tak dapat nak berjuang…huh? adakah skop perjuangan itu terlalu kecil sedangkan agama yang diperjuangkan itu terlalu BESAR? 
(fikir2kan sejenak)

 teringat kata2 entah dari mana…jika kamu melihat satu pintu harapan  tertutup,kamu merasa sedih kecewa sebab merasakan tiada lagi laluan untuk dirimu, sedangkan  terdapat banyak lagi pintu2 lain yang tersedia untukmu, TETAPI realitinya sekarang  kita sering melihat, merenung pintu yang dah tertutup itu sehinggakan pintu yang lain kita tidak sedari menanti untuk kita membukanya…dan sampai bila kita ingin beretika macam tu? sehingga kemenangan Islam itu diumumkan tanpa tercatatnya namamu dalam shaff PERJUANGAN?! (fikir2kan 2 jenak )

1 MALAYSIA, 1 AKIDAH  pelbagai WASILAH J UMMAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN!!

oklah..just nak ributkanotak anda dan diriku sendiri…hehe…santai2 to be continued at Aku mahu berjuang part 2

selamat berjuang!!! ^________^.v
  

1 коментар:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sebermula perjuangan Rasulullah saw adalah dgn mempelajari AlQuran dgn bersungguh2 sehingga adakalanya pernah ditegur oleh Allah SWT. Surah AlQiyammah 16-17 لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ﴿١٦﴾ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). 17. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
    Perintah mempelajari AlQuran adalah wajib pada setiap masa sehinggalah Rasulullah saw dapat kembali tanah airnay setelah berhirah ke Madinah. Surah AlQasas:85 نَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.

    Rasulullah saw telah berjihad mempelajari AlQuran kerana ia merupakan jihad yang paling besar sekiranya tiada daulah. Surah AlFurqan:52 فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

    Oleh itu, sudah tiba masanya kita hidup berpandukan AlQuran dan Hadis Rasulullah saw dgn mentadabburkannya jika tidak berlakunya perpecahan dan kejahilan pada umat manusia. Surah AnNisa`:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
    Maksud tadabbur ini lebih kepada mempelajari sehingga kita memahaminya sepertimana terdapat dltafsir Ibnu Katsir mengenai ayat ini. Wallahualam

    ОдговориИзбриши