понеделник, 2 јануари 2012

1 ST SEMESTER

1 ST SEMESTER.

pejam celik pejam celik, rupanya aku kini di bumi asing jauh dari tempat asalku, kini aku berada di sintok kedah, bukan di tawau Sabah. Minggu orentasi ku telah memberi 1 kenangan pahit bila mana aku jatuh pengsan semasa taklimat bersama pengetua DPP, terus terang aku katakan semua berlaku disebabkan kemurungan, tekanan dan perubahan persekitaran yang berlaku ke atas diriku…

Minggu kedua aku berada di sini, aku mulakan memakai Purdah kerana sudah cukup rasanya semasa minggu pertama aku berikan masa untuk insane di sekelilingku mengetahui rupa parasku yang tidak seindah mana ini, dan sehinggalah ke hari ini..Alhamdulillah aku masih istiqamah memakainya.

kemudian aku terjumpa satu sinar yang membuatkan aku tidak merasa keseorangan di sini, iaitu Adhoc Anak Negeri Sabah, dalam persatuan ni ramai kawan-kawan baru yang aku jumpa dan terasa seakan bebas bilamana bertemu kami bebas berbicara menggunakan bahasa SABAH!! yes..I’m Sabahan! aku sayang mereka semua, walaupun ada kisah hitam yang pernah berlaku, mungkin silapku jua menyebabkan mereka tersalah faham akan maksud yang ingin aku sampaikan, tapi semua itu aku anggap sebagai pengalaman berharga untuk aku hadapi hari esok yang sudah pasti lebih mencabar dari sebelumnya.. ingin aku kongsikan beberapa watak yang menjadi kisah hidupku bersama adhoc ni..

1.       Blacksakura Sad- kalau tgok nama ni macam kesian je orang ni kan, nama pun dan menunjukkan, tapi sebenarnya, dia seorang  yang paling nakal dalam adhoc ni, dan kini aku menggelarnya kasanova, kerana sikapnya yang “player” kepada ramai gadis..termasuk aku?? owh tidak… J

2.       Bunga Kubur- aku suka nama ni, sebab setiap kali tgok namanya, aku ingatkan kematian, dan dialah orang pertama yang panggil aku ninja..hehe, pertama2 tu hot jugak, tapi lama2 layan jak, dia antara salah seorang penghibur post2 orang dalam fb tu.:)

3.       Cyro- ini adalah YDP Adhoc, sekarang jadi mantan sudah, banyak yang aku belajar dari dia, walaupun dia sibuk macam mana pun dia masih ada masa untuk membantu kami jalankan program 1’st Step Programme: Family Day hari tu..semoga lepas ni dia akan lebih sukses dalam kerjayanya

4.       Kiela Lah- dia ni adik dari aku, senior paling  sporting, kalau bercakap men lepas jak, tapi lucu menghiburkan suasana, dan kini dia sudah berpunya dengan orang yang punya perangai yang sama dengan dia..hehe

5.       Kalolo Chai- ini pulak TYDP , 1st jumpa masa dorang ambil kami dari airport tgok macam sombong, tp dial ah juga orang yang pertama menegur aku masa aku baru sampai di uum ni, tgok macam serius, tapi lucu2 juga..aku pun doakan semoga lepas ni terus sukses dalam kehidupan (ayat2 ni khas untuk yang bakal ekspiet jak!!) hehe

6.       Retro Indie-kalau ada aktiviti baik kamu masuk sama-sama dalam kumpulannya, muka yang bonyok pun boleh senyum, kalau buat lawak, sampai mo pecah perut…hehe, skrg kurang sudah lucunya, al-maklumlah dah jadi TYDP yang baru, jadi kena serius cikit, sikit jak lah..hehe

7.       Nieta- paling suka ni orang sebab sikapnya yang spontan, kalau dia mo buat, dia buatlah tu..hehe, dan paling tabik wanita suksis pulak ni, suara pun macam2 puan polisi suda,ada tanda2 mo jadi polis suda tu..

8.       Lieq dan Eunica- kedua-dua mereka ni adalah bekas satu sekolah ku, c yuli xsekolah rendah, c eun pula x sekolah menengah, dan mereka2 ni lah yang lebih tau dahulunya aku ni macam mana…hehe, siap ada yang ckp “rock” lagi…hehe adedeh…layan ja lah…aku seperti yang dahulu Cuma skrg perbezaan ku lebih kepada cara pemakaianku… J

9.        Sharkawi Sappari-1 st2 aku masuk dalam group adhock, aku dah di sambar gossip dgn insan ini, walaupun kami nda pernah pun berjumpa, hehe, lucu pula kalau ingat balik..tapi apapun insane ini bagiku adalah insane yang misteri, perwatakan dalam fb, blog dan sebenarnya sangat berbeza..pesanku: jadilah diri anda sendiri dan enjoy kehidupanmu skrg..

10.   Aminah- ini adalah senior aku masa di SM KONVENT ST, URSULA hari tu, dia ni bakal mo ekspiet macam 1 org kalolo di atas ni, nda banyak yang aku dapat kenali dirinya, mungkin atas keterbasan waktu, tapi semangatnya dalam Adhoc aku tabek spring lah..hehe, adakah lagi yang boleh pengganti kak Aminah ni ya?

11.   Awan Terbang- ini dia, no komen (dendamku untuk siram air ma dia belum terbalas) hehe, nda pa ada lagi sem depan.

12.   Hazrul- ni pulak Press kami sekarang, agak serius di situ, hehe tapi apapun kami tetap sokong anda dari?? hehe dari dpp masing2 kot….

13.   Baharuddin- ni pula aku save no. nya dalam hp BAHARMPP, hehe…tp nda pernah pun aku sms @call no. nya..hehe, 1 tabik spring utk MPP, aku mmg suka tgok MPP ada gaya bakal pimpinan negara…cewahhh :p

14.   dan antara nama lain..Juk ita, Jue Ahmad, Nal List, Razali, Penjolok Ambuk, Haziq, C zul bha ni, Yanie yang Sibuk, Que Dania, Sopian Sait, Subri Ubik, Ema, dan ramai lagi……terima kasih atas kenangan ini..saya sayang kamu semua, kerana kamu telah beri “ramai” kenangan manis semasa aku masih berada di bumi sintok nie……last word!! di sini kita bengam!! J

2 коментари:

  1. entry best.. trharu jg la ckit baca nie...hhehehe jgn risau..klu ada pa2 jk smasa d UUM nie.. jgn segan Kol Or sms ka... hehe... bkn aq jk..smua org skeling2x mu skrg ni jg... heheh (: Gud luck Exam k...heheh assalamualaikum..

    ОдговориИзбриши
  2. kcian.. nama ku d bawah sekali, ndk pa la.. apa pun tQ :) n gudluck utk study mu ya.. dean list are waiting 4 u :)

    ОдговориИзбриши