среда, 04 јануари 2012

kerana Sebuah Tarbiyah

"ehm ada orang komen wall aku dalam fb lah...video?? ..mataku mula menanti dengan penuh kesabaran untuk melihat apa yang terkandung dalam sebuah video ini.....semakin lamaa....air mata keegoanku mula membasahi pipi.....ya Allah..ya Allah...ya Allah.......serta merta aku bangun mensucikan diri dan bersujud meminta taubat dariNYA.........Allahurabbi....... :'(

Bila aku terlalu memikirkan tentang diriku.. tiba-tiba aku tersentap dengan sebuah hadiah teguran dari seorang sahabat...walau pun aku tidak mengakui bahawa diriku semakin mengorak langkah jauh dari wasilah ini..

hati mula merintih kesakitan, tidakkah kita akan rasa sakit bila kita dalam keadaan selesa tiba-tiba dikejutkan secara mendadak?? pasti anda akan terkejut bukan...begitulah jua hatiku nan yang satu ini...

terima kasih ya Allah kerana engkau menghantar seseorang sebagai perantara untuk mengetuk pintu hatiku yang kian suram ini...

layakkah aku untuk kembali menagih kisah cintaMU? setelah aku duakan dengan cinta kepada makhlukMU?
Ampunkan daku ya Allah, sesungguhnya aku sedar yang engkau akan jadikan insan2 kesayanganku itu sebagai satu bahan uji kaji untuk wasilahMu ini....

kekadang aku bermonolog sendiri "aku dah penat kena tarbiyah" astagfirullahalazim...bukannya aku tidak mengetahui bahawa kerana sebuah tarbiyah itulah tanda Engkau tidak pernah lekang dari ingin mendidikku sebaik mungkin..............

maafkan daku...~~~~hambaMu Yang Hina Ini........

1 коментар:

  1. kerana jalan ini bukan jalan yang mudah.. kalau mudah pasti ramai yang mahukan.. kalau mudah pasti ramai yang mahu turut serta.. jalan ini.. jalan ujian.. bukan jalan menguji..

    *pesanan buat diri jugak yang lemah..

    ОдговориИзбриши