понеделник, 2 јануари 2012

SUATU SAAT nanti..

^_____^.v
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> SUATU SAAT NANTI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·


Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku,
andai suatu saat engkau memerlukan aku
dan aku tiada untuk membantumu
usahlah kau rayu aku.......
Bukan kerana aku membenci dirimu
tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu....♥

Нема коментари:

Објави коментар