bismillah
org zaman sekarang, x semua, tp ada yg suka bersangka buruk...
Orang beribadah
disangka riak
Orang yang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud
Orang makan banyak
disangka pelahap
Orang makan sikit
disangka kedekut
Orang baik
disangka buruk
Orang buruk
disangka baik (eh ni dah bersangka baik ni)
Orang senyum
disangka mengejek
Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong
Yang ni lagi dahsyat...
Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria
disangka membela
------------------
mana tahu
yang diam itu
kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu
kerana
bersedekah
mana tahu
yang masam itu
kerana
mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu
kerana
bersih hati dan mindanya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... Kalau kite lihat la kan... banyak yg boleh kite simpulkan drpd sesuatu... cume care kite melihat itu yg menentukan bgaimana kite 'judge' something...
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu" - Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
Moga bermanfaat, insyaAllah...
Нема коментари:
Објави коментар