вторник, 17 мај 2011

Iman Berkata?



musafir iman....
*seusai dari solat asar...aku terlena di atas tikar cintaku...dan musafir ku dalam keadaan yang tidak ku sedari pun bermula...*








Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa puan musfirah tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takda..


Iman : Takdalah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa puan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan puan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat puan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan puan dari tuan di dalam rahim ibu uan lagi. Tapi, puan kadang-kadang mengabaikan kami. puan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, puan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : puan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.puan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : puan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : puan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari puan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk puan lagi.puan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.puan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami puan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan puan kalau begitu..Kalau puan perlukan kami, kami sentiasa di sisi...puan jangan risau, kami maafkan puan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : puan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..puan takkan rugi, sebaliknya puan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan puan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan puan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


*sambil bermonolong dgn en iman, ku rasa ada yang menyentuhku...siapa pula ni.... 
"adeh anak dara seorang ni, jangan tidur lepas asar...tak baik tau....." 
 huh...jangan dok bermimpi je musafir iman oi....." hehe...peace....*

Нема коментари:

Објави коментар