вторник, 31 мај 2011

Musafir TERKENAL ?

Musafir TERKENAL ?

“Biasalah kau kan pengerusi siapa yang tidak kenal kan”

Teringat kembali bibit bicara bersulam kebanggaan diri..huh…lets begin..

Semakin aku mengorak langkah musafir mencari celah untukku bertapak..aku …
Mula menyedari fenomena daerah ini, terlalu ramai yang mencari keduniaan (termasuk aku) 
hint=terkenal @popular.
Tidak kira si pengemis, guru, mat rempit, ustazah hatta mufti sekalipun semua diuji benda yang sama. Pasti!
(huhu, merangkak-rangkak mencari kebenaran)

Fokusku kepada si da’ie yang sentiasa berdampingan dengan sogokkan kerlipan-kerlipan kemegahan popular ini
( hati-hati yer di jalan perjuangan ini )

Dari anas r.a menukilkan sabdaan Rasulullah  s.a.w :
Sebagai 1 keburukan memadailah bahawa seseorang itu selalu dituding dengan jari dalam hal-hal agama atau dalam hal-hal dunia,kecuali dia yang diperlihara oleh Allah s.w.t (H.R Tirmizi)
Hint =tuding  jari =TERKENAL. Titik.

Menjadi terkenal dalam hal-hal agama adalah lebih MERBAHAYA berbanding menjadi terkenal dengan hal keduniaan.sebab??
( seminit fikir+zikir)
sudah? Pasti ada jawapan di hati kan? ^_^

Bagiku, bila terkenal perasaan besar diri datang tanpa diundang, erti kata yang lebih molek RIAK, dan nak buang dari hati kita bukan mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang.
(anda boleh? Tahniah diucapkan).
Akan tetapi, jika kemasyuran itu datang dari Allah s.w.t dan Allah s.w.t memberinya kemasyuran itu dengan limpahan kurnianya dan memeliharanya dari syaitan maka berserulah kalian dengan kalimah kesyukuran…Alhamdulillah ya Allah..

Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya Allah s.w.t  menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak TERKENAL yang bila mana mereka tiada, mereka tidak akan dicari dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka adalah pelita hidayah yang bercahaya, kerana cahaya hati mereka akan menyelamatkan agama mereka dan keluar dari ributan fitnah. (H.R Ibnu Majah)

Huh, acikah aku ingin menjadi seperti itu
(angan dalam zikrullah~InsyaAllah)

Rasulullah s.a.w. bersabda : sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari keredhaan ALLAH s.w.t (umpama mencari kemuliaan, kemasyuran harta, wanita) maka hendaklah dia menempah tempatnya dineraka jahanam! (H.R Tirmizi)

Bergetar jiwaku, adakah aku terlalu lalai hinggakan menempah sebuah bilik keramat tanpa kesedari dan tanpa kemahuanku pada minda sedarku ini  ? Astaghfirullahal a’zim T_T..

Jadi..apa mahumu wahai saudaraku?? Terkenal?? Silakan jika berani mencuci hati setiap kerlipan mata  dengan mahmudah bukan mazmumah.

(kenali kebaikanku untukmu)


semoga perkongsian dhaif ini, berMANFAAT untuk diri dan insan di sekitarku. Lillahita'ala.

Muhasabah diri :
(dengar wahai Musfirah Iman)
Jika seorang hamba berucap maka Allah pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, niat dan tujuannya di akhirat kelak.
 ( beware dengan ucapanmu annisa wa arrijal )


Musfirah Iman cakap :
kenali daku atas apa kebaikanku yang bermanfaat untuk mu, bukan diriku. Allahualam.


1 коментар:

  1. Syukran..

    Perjuangan mencari keredhaanNya pasti tidak akan terlepas daripada cabaran-cabarn sebegini,

    kerana diri ini adalh insan yang punyai banyak kelemahan dan kekurangan,

    Sifat yang tidak berputus asa mengharap pertolongan daripadaNya adalah sangat perlu agar kita terpelihara olehNya..

    ОдговориИзбриши